Aug 31, 2010

MErDeka3X....... mErdEka kEr kItA???? .......

Tanggal 31 Ogos,..ia membawakan maksud kebebasan, kemerdekaan, kesediaan rakyat Tanah Melayu untuk berdikari, berfikir sendiri dan bebas untuk membangunkan negara tercinta....atau hari Merdeka... juga Hari Kebangsaan Malaysia... Apa yang korang tahu pasal semua ini? .. Sudah cukupkah nilai patriotik dalam diri korang..... selama 53 tahun kita merdeka..? Ya, sudah 53 tahun! Tak payah la korang ambil kalkulator dan mula mengira.... ironinya masih ramai yg tak sedar sudah berapa tahun kita merdeka..

merdeka ker kita????

kalau setakat bersorak merdeka3x... merdeka ker.. kalau erti kemerdekaan x didalami. dihayati.. merdeka ker kiter kalau bahasa ibunda masih dianaktirikan.... bahasa penjajah ...disangjung.. kemodenan konon nya.. merdeka ka kita kalau masih ade yg tidak knl akan bunga kebngsaan...Merdekakah kita seandainya lebih suka memilih spaghetti, pizzaa dan burger, sedangkan geli untuk menyentuh cencalok, budu dan tempoyak?..... merdeka ker... kalau mcD disanjung.. restoran2 tempatan dipandang serong.. mahal la.... ape la... merdeka ker kalau masih ade yg tidak tahu berbahasa malaysia... merdeka ker kalau nama pejuang kemerdekaan pon kite x knl.. merdeka ker kalau kes pembuangan bayi masih berleluasa... merdeka ker..... merdeka ke kalu bahasa sendiri dishortformkan.. dirojakkan.. peredaran zaman katanya... Merdekakah kita..., jika kita masih memandang pada warna dan jenis bahasa... merdeka ker????... atau kita hanya sebut merdeka3x.. pastu esk g dtaran merdeka tgk perbarisan... merdeka ker camtu...

sEdarkah kita???

Apa ertinya Jalur Gemilang berkibar gagah jika nilai sejarah tidak dihormati? Apa gunanya setiap rumah mengibarkan bendera jika masih ada rakyat yang tidak hormat menghormati serta toleransi di antara satu dengan lain.? Apa ertinya negara akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-53 jika rakyat yang berbilang bangsa masih lagi syak wasangka sesama sendiri... Faham ker kita makna setiap lambang dan jalur yang terdapat dalam jalur gemilang...???

Persoalannya sekarang? Dimana letaknya nilai kemerdekaan tu? Cukup merdeka kah kita? cukop Patriotis kah kita sebenarnya?....

Allah telah memberikan kita akal marilah kita merdekakan pemikiran kita sempena ulangtahun Kemerdekaan Negara kita Yang ke 53 ini....

Aug 12, 2010

meKaRKAN bAHaSA mELAyu

1) Bahasa Melayu telah di"miliknegarakan" menjadi Bahasa Malaysia dan telah diterima oleh bapa-bapa dan ibu-ibu yang mendirikan negara ini sebagai bahasa kebangsaan.Setelah sekian lama, ianya gagal untuk menjadi bahasa yang menyatukan rakyat Malaysia.

2) Kerajaan yang memerintah selama lebih 50 tahun gagal untuk mengangkat martabat bahasa kebangsaan agar disayangi oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

3) Kegagalan ini sedikit sebanyak disebabkan oleh elit-elit Melayu yang menganggap bahawa bahasa kebangsaan hanya digunakan oleh masyarakat kelas bawahan. Ini ditambah lagi dengan pembikin-pembikin drama Melayu yang begitu gemar untuk mencampur adukkan penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam watak-watak utama mereka dan menganggap ini sebagai satu simbol kekayaan.
4) Saya pernah terdengar kawan-kawan yang berasal dari keluarga elit Melayu mengatakan bahawa di kawasan-kawasan seperti Bangsar, Damansara dan yang sewaktu dengannya, tidak sesuai untuk menganjurkan program dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai medium.
5) Ada seorang pimpinan tertinggi parti pembangkang pernah berkata, "tidak sesuai untuk menggunakan bahasa kebangsaan sebagai medium untuk program yang dianjurkan, oleh kerana majoriti yang hadir terdiri daripada masyarakat bukan Melayu".
6) Lalu saya bertanya, apakah orang-orang bukan Melayu itu dinafikan hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang seharusnya berbangga dengan bahasa kebangsaan mereka? Selain itu, saya juga terfikir, apakah berbaloi untuk memberikan undi kepada politikus seperti ini?
7) Saya akui bahawa Bahasa Malaysia gagal untuk menjadi kuat oleh kerana ianya bukanlah bahasa ekonomi sepertimana bahasa Jepun, Korea dan Indonesia.
8) Akan tetapi, jika kecintaan kepada negara tinggi, kerajaan boleh perlahan-lahan melaksanakan program bagi memantapkan kekuatan bahasa kebangsaan sekurang-kurangnya dalam aktiviti-aktiviti ekonomi yang melibatkan kerajaan secara langsung.
9) Selain itu, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama harus bangkit bersama-sama untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.
10) Memartabatkan bahasa kebangsaan bukan bermakna untuk menafikan kepentingan Bahasa Inggeris. Filipina adalah negara contoh yang baik dimana majoriti rakyatnya fasih berbahasa Inggeris dan dalam masa yang sama tidak melupakan Bahasa Tagalog sebagai Bahasa Kebangsaan mereka.
Sila lihat tulisan Karim Raslan yang mengupas kepentingan Bahasa Kebangsaan dan melihat perkembangan ekonomi Indonesia sedikit sebanyak akan membantu memperkuatkan Bahasa Malaysia disini. Maaf, tulisan ini dalam Bahasa Inggeris.

...
http://aminiskandar.blogspot.com/2010/08/bahasa-kebangsaan.html