Sep 30, 2010

Malaysian Hovercraft



Hoverkraf terbang buatan Malaysia curi perhatian ( Campro 1.8 CPS)

KUALA LUMPUR 22 April - Sebuah syarikat tempatan, Gig Technology Holdings Sdn. Bhd. berjaya mencuri perhatian pengunjung Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2008 melalui hoverkraf rekaannya yang mampu terbang setinggi dua meter dari permukaan air.

Lebih menarik, hoverkraf yang diberi nama Hover Plane itu menggunakan enjin Campro 1.8 CPS yang belum digunakan oleh kereta keluaran Proton. Pengarah Urusan Gig Holdings, Zaharudin Mohd. Ali berkata, Hover Plane itu mampu mencapai kelajuan maksimum antara 70 hingga 80 knot sewaktu terbang.

"Kelajuan sedemikian amat penting untuk kegunaan agensi penguatkuasaan bagi memintas musuh ataupun penyeludup. "Menjadi bonus ialah penyelenggaraannya yang tidak rumit kerana kami menggunakan enjin kereta, ini membolehkan para pengguna melakukan penyelenggaraan rutin di mana-mana sahaja tanpa perlu mendapatkan bantuan kami," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zaharudin berkata, pada masa ini badan Hover Plane dibuat menggunakan karbon fiber namun generasi keduanya akan menggunakan bahan komposit agar ia lebih ringan. Beliau berkata, kapasiti penumpang Hover Plane pula ialah empat orang dan ia akan ditingkatkan kepada enam orang pada masa akan datang.

"Pembelinya mempunyai dua pilihan navigasi sama ada menggunakan 'joy stick' ataupun stereng mengikut kesesuaian mereka," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, sehingga hari ini pihaknya telah berjaya menjual tiga buah Hover Plane kepada kerajaan Filipina.

Katanya, sambutan daripada agensi-agensi kerajaan dalam negara juga amat memberangsangkan apabila Polis Marin, Kastam dan Pasukan Khas Laut (Paskal), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menunjukkan minat. "Mereka telah melihat dan menilai Hover Plane dan hasilnya juga amat positif, dalam masa terdekat mereka akan mencubanya.

"Bagi spesifikasi ketenteraan, kita akan membuat penambahbaikan dengan menggunakan badan serta cermin anti balistik dan kalis peluru untuk menjamin keselamatan," katanya.

PTPTN lagi....

Kepada bakal mahasiswa, pastinya anda tiada pilihan kerana di dalam banyak-banyak sumber pinjaman, pegawai PTPTN akan menjadi orang pertama yang akan datang ke universiti anda menjengah muka kononnya bakal menjadi penyelamat bagi menampung semua kos pegajian anda.

Lalu, bagi mereka yang terdesak dan tidak mahu menanggung risiko, pastinya terus menandatangani perjanjian tanpa sedikit pun membaca isinya serta memikirkan kesan jangka panjangnya.

Nasihat saya kepada bakal mahasiswa, jika anda ada sumber pinjaman lain, sebaiknya janganlah anda terjerat dengan meminjam pinjaman PTPTN. Kesan jangka panjang dengan menjadi hamba kos petadbiran PTPTN akan anda rasai nanti setelah anda selesai menamatkan pegajian.

Untuk pengetahuan anda, PTPTN tidak akan melayan dan memahami anda ketika anda memasuki babak mencari kerja. PTPTN bukan tidak tahu selepas anda habis pengajian, anda belum tentu mendapat pekerjaan tetap atau menganggur.

Kadang-kadang ada dikalangan graduan sehingga 2 hingga 3 tahun, menganggur dan gagal melunaskan bayaran balik pinjaman. PTPTN tetap tidak akan melayan anda walaupun anda menghantar surat rayuan memohon jasa baik mereka memberi sedikit masa kepada anda mendapatkan pekerjaan dan mampu membayar balik. Bagi mereka, pinjaman adalah pinjaman dan wajib dibayar.

Setelah anda masuk di dalam babak sedang bekerja sekali pun, PTPTN tidak mahu mendengar penjelasan anda bahawa gaji anda layak untuk anda hidup sebagai golongan miskin tegar sahaja.

Apa tidaknya semakin hari kos hidup semakin meningkat. Bagi PTPTN, anda ada gaji dan boleh bayar hutang. PTPTN tidak akan melayan anda jika anda menghantar surat rayuan memohon agar menerima jumlah bayaran tetap sebanyak RM100 setiap bulan sementara ekonomi anda sudah cukup stabil bagi mengikut kadar bayaran yang ditetapkan oleh PTPTN.

PTPTN bukan sahaja tidak melayan, malah wang RM100 sebulan itu cukup menampung kos petadbirannya sahaja. Apabila anda menyemak penyata tiap-tiap bulan, bukan sahaja jumlah pokok pinjaman anda tidak bergerak, malah jumlah baki pinjaman anda sentiasa bertambah dari bulan ke bulan. Moral anda sebagai pembayar setia pasti jatuh dan kecewa serta behasrat menulis luahan hati kepada Utusan Malaysia.

Babak menerima surat peringatan PTPTN adalah babak paling menyedihkan. Setiap bulan jika anda seorang pembayar setia, pastinya kehadiran surat ini bagaikan surat kekasih memohon memutus cinta.

Rasa kecewa pasti tergambar kerana anda tidak pernah lupa dan mengabaikan pembayaran. PTPTN tetap mahu anda membayar jumlah pokoknya kerana bayaran anda sebelum ini hanya mampu menampung kos petadbirannya sahaja.
Ancaman mendakwa anda jika gagal melunaskan dalam masa 14 hari adalah ugutan yang paling menyentuh jiwa. Difikiran anda pasti terkenang dan berkata “mujur aku bayar dan tidak lari, itupun PTPTN masih tidak menghargai”.

Inilah antara kesan jangka panjang yang akan anda rasai jika anda adalah seorang peminjam PTPTN. Adalah lebih baik, anda mohon satu pinjaman peribadi dan bayar keseluruhan jumlah pinjaman PTPTN anda kerana pinjaman peribadi memberi kadar faedah tahunan dan bukan kadar faedah bulanan 3 peratus sebulan yang dilakukan oleh PTPTN.

Sebaiknya, sebagai bakal mahasiswa, jika anda ada sumber pinjaman lain, gunakanlah sumber pinjaman itu dan elakkanlah meminjam dengan PTPTN.

credits to:http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=31558#991602