Apr 29, 2010

nOah ArK...

Bahtera Nabi Nuh ditemui





HONG KONG - Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.

Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.

"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.

Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.

kosmo

* copied from : http://muslimeen-united.blogspot.com

Apr 28, 2010

loVe & cinTa

Assalamualaikum wbt,

Mengapa apabila disebutkan isu ‘cinta’ , ‘kekasih’ , ‘kasih dan sayang’ pasti hit menjadi tatapan sahabat semua, namun apabila timbul isu Riba’ dalam Islam, isu umat Islam dan sebagainya pasti kurang mendapat sambutan. Puas diri ini berfikir, puas diri ini menilai diri kerana kita ini sama walaupun berbeza.

Akhirnya, saya membuat kesimpulan bahawa dengan cintalah lahir kesetiaan, ketaatan dan pelengkap hidup seorang hamba. Rasulullah saw mendidik para sahabat untuk cinta kepada Yang Maha Esa dan Rasul melebihi segala-galanya, jika tidak bagaimana Saidina Ali sanggup meggantikan tempat baginda ketika beliau sedar bahawa nyawanya bakal diambil begitu sahaja. Begitu juga Saidina Abu Bakar, berhjirah bersama-sama baginda ketika peristiwa Hijrah yang penuh liku dan cubaan, bahkan beliau menahan bisanya ular sehingga menitiskan air mata untuk tidak mengejutkan baginda SAW.

‘Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.’ (At-taubah:40)

Ketika menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash utk berdoa.Abdullah berdoa:

“Tuhanku, berilah aku musuh yang gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?) Aku akan menjawab bahawa keduanya terpotong ketika aku berjuang di jalanMu dan jalan Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”

Lihatlah sahabat semua, betapanya tingginya cinta mereka kepada agama dan kekasih NYA, betapa besarnya peranan CINTA dalam kehidupan seorang hamba.

CINTAnya Nabi Ibrahim as sehingga sanggup meninggalkan Siti Hajar dan puteranya Ismail di lembah yang tiada berpenghuni kerana mematuhi arahan sang Pemilik segala CINTA. Setelah bertemu semula dengan puteranya, Nabi Ibrahim diarahkan pula oleh Allah swt untuk mengorbankan putera kesayangannya dan berlakulah peristiwa yang membuatkan hati bergetar melihatkan betapa agungnya CINTA seorang kekasih sehingga sanggup berkorban apa sahaja, seperti kata P.Ramlee ‘Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa…’

CINTAnya seorang anak sehingga sanggup meninggalkan cita-cita yang menggunung tinggi untuk membantu si ibu dan ayah menyara keluarga, agar adik-adik boleh dihantar ke sekolah untuk meneruskan cita-cita mereka. Tidak boleh dibayangkan oleh akal bagaimana seorang ibu mampu mendidik berbelas-belas orang anak dengan penuh kasih sayang, penuh kesabaran melayan kerenah anak-anak yang tidak pernah habis ditambah dengan sikap anak-anak yang tidak jemu meminta itu dan ini.

CINTA juga membuatkan kekasih junjungan kita Nabi Muhammad saw bertahajjud setiap malam, merintih pada yang satu sehingga bengkak-bengkak kaki baginda, semata-mata untuk menyahut seruan kekasih pemilik CINTA yang Maha Agung.

‘Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.’ (Al-Isra’:79)

Betapa besarnya kuasa CINTA dalam kehidupan ini membuatkan diri berfikir dan yakin bahawa CINTA lah yang menggerakkan seluruh alam semesta. Seluruh semesta tunduk merendah diri pada Yang Maha Sempurna, bertasbih tanpa henti menurut perlakuan tabiat yang telah ditetapkan oleh NYA begitu juga dengan manusia, sekiranya lahir rasa CINTA tanpa ada had kepada NYA pasti akan berterus-terusan memuji kebesaran Ilahi kerana seorang kekasih tidak akan pernah lupa kepada kekasihnya bukan? Ingin sentiasa bersama-sama dengan kekasihnya dan tidak sanggup ditinggalkan keseorangan walaupun sesaat juga.

Marilah sahabat semua kita refleksi diri kita, setinggi manakah CINTA kita kepada si DIA, si DIA yang sentiasa di sisi tanpa pernah mengenal erti jemu, sentiasa membelai diri dengan penuh kasih sayang malah mengurniakan sang udara tanpa meminta balasannya. Menginginkan untuk bertemu janji (date) lima kali sehari tanpa rasa bosan ,jika kita terlambat si DIA masih menanti dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Sekiranya kita terlupa akan tanggungjawab sebagai seorang kekasih, DIA tidak pernah menutup pintu hati NYA untuk kita kembali kepadaNYA, DIA lah yang selalu ada, sentiasa dekat, lebih dekat dari urat kita, yang sentiasa memerhati di kala kita senang apatah lagi di kala kesusahan. Cukupkah kita mengingati dan menyayangi dan paling utama men CINTAI si DIA?

‘Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). ‘ (At-Taubah:24)



p/s* From blog lame aku kat fs.. tp x tau la sape yg tulis... sory x tau nak kreditkan kat sape...

Apr 14, 2010

tRy2 la... x rugi pon..

MyLook is the new search engine "owned" by it's users. For each search that a user does through Mylook that user is rewarded with 1 "share" in MyLook. These are not shares that are on a stock exchange but shares as part of the real life game that is MyLook. When dividends are awarded you will receive a real life money payment for each share you hold in MyLook.

JOIN MyLook It's Totally FREE

While MyLook has not put advertising on the site to start paying dividends out yet - it is now a great opportunity for users to start building up their shares in MyLook now. Why? Lots of shares are being handed out in the early stages, and it might be gradually more difficult to earn shares later especially when they are paying out dividends monthly. MyLook is a ground floor opportunity to get into a startup, without any financial investment on your behalf - you just simply need to use MyLook.com as a search service.

While it may be more difficult to get shares later on, once you own a share in Mylook it's yours - for good. You will keep getting dividend payments on it for the life of the site, or for as long as you remain an active user of MyLook.

Join MyLook It's About to EXPLODE!

What is MyLook?

MyLook is an internet search service that rewards its members and returns the proceeds from search engine advertising to the people doing the searching. This is done by users being rewarded with shares in the site, and then dividends are paid to users who hold these shares.

Are they real shares?

No. They are not real shares registered within a financial system. For legal reasons they are referred to as "shares" within the "game" of MyLook.com. However even though they are not real shares, real life payments are awarded based upon the holding of these shares.

Are the shares worth anything?

It is not proposed at this stage to make the shares transferable or salable. However they can be accumulated and "dividends" are paid out to holders of the shares.

How can I get shares?

Doing searches on MyLook.com. Simply sign-up, log in and conduct searches and you will be rewarded with shares. After you accumulate a few shares you will be asked for payment information.

How many shares can I get?

You get 1 share for each search you do, with a maximum possible number of shares being 5 per day. You can do more than 5 searches, however you can only get 5 shares on any single day.

If you keep issuing more shares, does this mean each share is worth less?

As we issue more shares the site and service is also growing, meaning there is more to be divided amongst the shares. Also in time as well as more users there will be more advertisers outbidding each other for web traffic. It's been shown the more advertisers there are on search engines, the higher the average amount paid per click is. This means a higher per click rate multiplied by more users. In summary both the number of shares, and total size and value of the site is growing at the same time. As you yourself accumulate more shares you are getting more shares in a bigger site.

GET PAID TO SEARCH AND EARN SHARES AND MONTHLY DIVIDENDS



Terhad! Saham Percuma Dari Enjin Carian Baru, MyLook.comSalam hormat ,

Maaf kalau saya mengganggu,
hanya mahu berkongsi sesuatu yang hebat

Mylook satu search engine baru menawarkan anda duit dalam dollar dengan anda hanya menggunakan search engine mereka. Apa yang anda perlu buat hanyalah daftar percuma di sini :

MyLook

dan menggunakan search engine untuk mencari apa-apa sahaja di internet.


MyLook

Hanya search di MYLook, anda akan di beri share.
1 search = 1 share = $0.22.

1 hari maksimum 5 keyword search sahaja dibenarkan,
bermakna 1 hari pendapatan minima yang anda boleh jana adalah
$1.10 x 30 hari = $ 33.
memang betul-betul duit free.
tak sampai 5 minit pun anda gunalkan search engine mereka dalam sehari,
anda dah pun boleh dapat $ 1.10


Dan untuk mendapatkan tambahan duit dalam dollar lagi,

anda boleh perkenalkan kepada rakan-rakan anda.

1 orang yang anda refer = 5 share = anda dapat $ 1.10
dan anda akan dpt 20% drpd number of shares rakan yang anda perkenalkan tadi

kita abaikan yang 20% tu.

Katalah setiap hari anda dapat memperkenalkan 5 orang rakan,
anda akan dapat $ 5.50 + $ 1.10 bila anda menggunakan search engine mereka
dalam sebulan anda akan dapat menjana $ 198 dolar = RM 656.77
tanpa mengeluarkan walau sesen pun duit dari poket anda

Saya dan rakan-rakan semua tak akan rugi apa-apa jika mencuba, dan inilah peluang untuk anda mendapatkan
duit percuma macam ni.


Selamat berjaya di Mylook Search Engine.

Gunakanlah Mylook Search Engine sebagai enjin carian anda sambil menjana wang.

MyLook

fAcebOoK uSernaME...

Korang perasan tak kalau korang bukak profile Facebook korang, kat bahagian URL tu ada macam nombor kod. Setiap profile yang baru dicipta akan diberikan id kod yang berbentuk ‘id=592952074′

Pertengahan tahun 2009 lepas, Facebook memperkenalkan Facebook Username, di mana korang boleh tukar kod id korang tu kepada sesuatu yang lebih senang korang ingat, username korang.

Username ni first come first serve. Kalau orang lain dah guna username yang korang nak, tak dapek den nolong. Jadi, cepat gi tukar kalau belum.

Pertama sekali korang kena pegi ke http://www.facebook.com/username

Korang akan dapat notis berserta arahan camner nak tukar.

Beberapa peraturan yang perlu dipatuhi:

  1. Hanya teks biasa dibenarkan (teks yang pelik-pelik, tulisan Siam dan sebagainya tak boleh lagi buat masa ni)
  2. Sekurang-kurangnya 5 aksara, yang mengandungi aksara A-Z, 0-9 dan noktah.
  3. Pikir masak-masak apa yang nak digunakan, sekali dah guna tak boleh tukar dah!

Selamat mencuba :)

Apr 13, 2010

alt+ key codes

baru nie ade la org tya... camna nak wat love kat fB tu.. sO meH sini Aku tlg.... siMbol tu dr alt+key code...... so kat bawah nie aku tunjuk la deretan alt key code yg boleh digunakan... terutama ketika keyboard rosak cam hari tu.. huhuhuh........

sO camnie guna dia....


first:

button alt

then:

no. cam kat bawah nie la....

cthnye: alt+1 = ☺






click tuk lebih jelas.......

Apr 12, 2010

bILa mElaYu bErpUitiS

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

(Usman Awang)

Apr 9, 2010

dinNer bEke's UTeM

seBenarnye... x tau aku nak tulis ape... tp mGu nie mGu dinnEr my class... sO aku ade la tlg2 skEt2.... so tgK2 la.... walau pon agak lambat sbenarnye aku kompomkan aku g dinner ngan diorg.. dah tu dgn x der baju nak join.... aku just pakai yang mane ade la... but pinjam2 sket2 brg kat mmbe dapat la.... nie r gambau aku.....