Nov 5, 2009

HubUngan EtniK 4

BAB 4

KONSEP MODENISASI
• Modenisasi suatu proses transformasi atau perubahan dlm segala aspek kehidupan masyarakat, harus ditempuh oleh semua bangsa atau negara secara berencana atau tidak berencana.
• Perubahan berencana ialah suatu proses yg mempunyai matlamat, kaedah dan penetapan ukuran pencapaian terlebih dahulu sebelum perubahan dilaksanakan.
• Disebut modenisasi atau pembangunan.
• Aspek utama: pembangunan ekonomi & politik.

Pembangunan ekonomi: Matlamat, kaedah, ukuran pencapaian
o Matlamat pembangunan ekonomi -mencapai kemajuan dgn mewujudkan sebuah masyarakat industri.
o Kaedah atau proses yg dilaksanakan:
i. pembangunan teknologi
ii. pembangunan pertanian
iii. industrialisasi
iv. urbanisasi
o Ukuran pencapaian ekonomi-Keluaran Negara Kasar (KNK).

Modenisasi di Eropah: Matlamat, kaedah, ukuran pencapaian
o bermula di Eropah Barat akibat drpd dua revolusi besar iaitu Revolusi Perancis(politik) & Revolusi Perindustrian(ekonomi).
o Medenisasi dpt ditinjau drpd dua sudut.
o Pertama, sudut falsafah berkaitan pemahaman tentang kemajuan atau evolusi yg melahirkan pelbagai teori sosial tentang perubahan sosial.
o Evolusionisme berkait dgn perkembangan negara miskin ke arah menjadi masyarakat moden.
o Kedua, sudut praktikal atau kenyataan yg merujuk kpd kemajuan yg dicapai di Eropah Barat.
o Bertitik tolak drpd berlakunya kemajuan sains dan teknologi yg mencorakkan semula hub antara manusia dgn alam sekitar.
o Aspek yg menonjol ialah penggantian teknik produksi drpd cara-cara tradisional kpd cara-cara moden.
o Modenisasi di Eropah Barat - mengejar kehidupan yg lebih maju dan moden dgn cara meningkatkan sains dan teknologi hingga dpt melaksanakan industrialisasi.
o Industrialisasi sbg satu cara meningkatkan perekonomian dan kemakmuran negara yg diukur spt kadar pertumbuhan ekonomi dan KDNK.

Penjajahan: Saluran Utama Pemodenan Wilayah Bukan Eropah
o Penjelajahan & imperialisme masy Eropah Barat ke wlyh lain bermula sejak abad ke-16 melalui perdagagan.
o Dilakukan oleh bdn koporat global spt British East India Company dan Dutch East India Compony. Tumpuan di Afrika & Asia.
o Penjajahan utk pastikan perlanjutan pembekalan brg mentah, buruh dan pengawasan pasaran secara berterusan.
o Pola ekonomi dunia yg disebut pembahagian kerja kolonial atau antarabangsa.
o Pembahagian kerja kolonial dianggap sbg punca kemunduran dan kegagalan negara membangun utk berkembang maju sebagaimana yg dikemukakan oleh Teori Imperialisme (Lenin) dan Teori Pergantungan @ Teori Dependency (Paul Baran dan Andre Gunder Frank).
o Muncul pandangan bhw masy bukan Eropah Barat yg dijajah “ketinggalan” dan harus mencontohi organisasi sosial dan cara hidup masy Eropah Barat.
o Kegagalan Masy bukan Eropah Barat mencontohi barat dianggap sebagai underdevelopment.
o Proses pembangunan diidentifikasikan sebagai arah perkembangan manusia sejagat.
o Penjajahn tlh mengubah landskap sosial dan alam sekitar wilayah bukan Eropah Barat.

Luar Eropah: “Pemodenan” atau “Pembaratan”.
o Pemodenan dan pembaratan (serupa tapi tak sama).
o Pemodenan ialah suatu proses perubahan dlm semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan, pelaksanaan dan penilaian.
o Pembaratan ialah suatu proses peniruan gaya hidup Eropah Barat yg tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana.
o Eropah Barat menjadi model utama bg pembentukan negara termasuk Malaysia selepas merdeka.
o Dua aspek utama ialah politik dan ekonomi.
o Model Eropah Barat asasnya dipengaruhi oleh perspektif modenisasi drpd falsafah evolusi.
o Bersifat sehala iaitu negara berkembang dr peringkat mundur kpd peringkat maju.
o Teori Ideal Typical Index dan Teori Difusi.
o Pembangunan dianggap akan dpt dicapai jika nilai dan unsur tradisional digantikan dgn nilai dan unsur moden.
o PBB tlh susun program bantuan a/bangsa berdasarkan perspektif modenisasi.
o Sebahagian besar negara baru mdpt bantuan pinjaman kwgn dan nasihat drpd Bank Dunia atau Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi laksanakan pembangunan.
o Bank Dunia dan IMF sebarkan idea “projek pembangunan”, mempengaruhi negara membangun supaya meniru dan mengguna pakai model pembangunan industri dan teknologi Barat yg berintensifkan modal.
o Pembangunan juga dianggap sbg cara mengorganisasi atau cara menggalakkan masyarakat utk berubah. Diertikan perubahan terarah.
o Kemunculan negara-negara baru pd prtghn abad ke-20, pemodenan tlh diinstitusikan sbg operasi antarabangsa.
o Sesebuah negara bangsa mdpt bantuan ketenteraan, sosial dan teknikal sbg imbalan atas hub ekonomi mereka dgn negara kuasa besar, agensi antarabangsa dan firma global.
o Pertghn abad ke-20, dunia memasuki “zaman perdaban global”.
o Barraclough (1978) menyatakan tiga per yg menunjukkan ekonomi dunia dijalinkan bersama:
i. perkembangan sistem pengangkutan dan jaringan komunikasi yg secara fizikal menghubungkan berbagai-bagai wilayah di dunia, terutama melalui jaringan kereta api, perkiaalan dan telegraf.
ii. Pertumbuhan yg begitu cepat dlm perdagagan yg diringi oleh pola ketergantungan yg tinggi, terutama antara negara industri Eropah Barat dgn negara-negara lain.
iii. Pengaliran modal yg besar, terutama dlm bentuk pelaburan secara langsung oleh firma-firma Eropah Barat di daerah bukan industri.
o Gol kapitalis berperanan kembangkan ekonomi global.
o Gol kapitalis penggerak globalisasi ekonomi kerana mewujudkan institusi2 khusus spt psrn kwgn, psrn komoditi dan perpindahan hak milik harta yg meransang dan memudahkan pertukaran ekonomi jarak jauh.
o Disempurnakan dgn proses perdagagan, pelaburan, produksi, pertukaran kwgn, buruh migrasi, kerjasama organisasi dan ekonomi antarabangsa.
o Dlm proses globalisasi, terdapat dua aktor yg tidak menggunakan negara bangsa sbg landasan kegiatan iaitu PBB dan gol kapitalis yg membentuk syarikat perbadanan multinasional (multinasional corporations atau MNC).
o Malaysia sbg negara membangun mengejar pertumbuhan ekonomi sama ada dgn menyusun semula ekonomi nasional atau melaksanakan industrialisasi dgn meniru model pembangunan industri dr Eropah Barat.
o Bank Dunia sering mengusulkan kpd negara membangun melaksanakan reformasi tanah, meningkatkan prasarana, meningkatkan taraf pendidikan, meningkatkan pelaburan awam, melaksanakan industrialisasi gentian-import dan industrialisasi berorientasikan eksport.
o Peranan modal swasta juga penting kerana negara tidak dpt bergantung sepenuhnya kpd modal awam dan bantuan pelaburan asing.

Modenisasi di Malaysia

1)Komponen Ekonomi: Pembagunan Ekonomi, Perindustrian, Kadar Pertumbuhan dan Peningkatan Kualiti Hidup

• Matlamat Malaysia ialah masyarakat perindustrian.
• Peringkat awal pembangunan ekonomi lebih tumpuan kpd peningkatan prasarana ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gentian-import.
• Akhir 1960-an, berasaskan pembangunan teknologi dan industri berorientasikan eksport.
• 2000-an pembangunan ekonomi berteraskan k-ekonomi (ilmu @ knowledge).
• Pembangunan ekonomi Malaysia tlh mencapai kejayaan sekitar 8-9% terutama 1980-an dan 1990-an yg dukur dgn kadar KDNK.
• Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi Malaysia diukur melalui KDNK dan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup.
• Kualiti hidup rakyat secara amnya baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi rendah.

2)Kompenan Politik:Pembinaan Negara Bangsa, Dasar Awam, Penilaian Pencapaian Dasar Awam, Integriti Nasional.

• Malaysia terbentuk dari gabungan daeh berbeza, bangsa berbeza, kerajaan berbeza.
• Malaysia mahu membentuk satu negara dan bangsa yg aman dan
makmur.

3) Hubungan Etnik Dalam Konteks Modenisasi Malaysia

• Kompenan ekonomi penting dlm konteks modenisasi Malaysia terutama aspek
pembangunan faktor pengeluaran (tanah, buruh, modal).
• Pembangunan ekonomi juga penting untuk menjadi landasan
pembinaan negara bangsa.

4) Acuan Ekonomi Malaysia: Hubungan Timbal Balik Ekonomi
Dan Etnisiti
• Alam sekitar Malaysia diubah (kelapa sawit & getah) utk bekalan industri Eropah Barat.
• Pembinaan rangkaian prasarana yang kompleks sebagai sokogan kepada industri asas (landasan keretapi, jalan raya & pelabuhan).
• Pembahagian buruh mengikut kumpulan etnik.
• Modal juga dipisah-pisah mengikut kumpulan etnik, modal asing, modal kaum Cina dan sebagainya.

5) Ciri-ciri Etnik Dalam Konteks Majoriti Demografi, Politik Dan Ekonomi

• Etnik Melayu adalah etnik majoriti dlm aspek demografi & politik tetapi tidak bermakna etnik Melayu turut majoriti dlm bidang lain.
• Dalam ekonomi, majoriti bukan ditentukan oleh aspek demografi tetapi ditentukan oleh kuantiti hak milik kekayaan.
• Isu ekonomi juga menjadi punca berlakunya rusuhan kaum pd 1969.
• Kerajaan telah berusaha menjalankan dasar yang mengutamakan keseimbangan kepentingan setiap kumpulan etnik di Malaysia.
• Aspek keharmonian dan bekerjasama antara kumpulan etnik tidak dilupakan.

6) Perancangan Pembangunan Lima Tahun

• Penjajah British telah merangka & melaksanakan rancangan lima tahun pertama PTM iaitu Draf Development Plan Of Malaya (1959-1955).
• Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) & Rancangan Malaya Kedua (1961-1965).
• Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) sehingga kini Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010).
• Digarabkan DEB dgn tujuan membetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum dan wilayah.
• Modal Insan dlm RMK-9.
• Islam Hadhari utk meningkatkan kualiti modal insan yg tidak hanya meliputi etnik Melayu @ masyarakat Islam tetapi semua rakyat Malaysia.

7) Dasar-dasar Awam:Pertanian, Perindustrian dan K-Ekonomi

• Beberapa badan ditubuhkan utk majukan sektor pertanian.
• FELDA, FELCRA dan MARA.
• Dasar Perindustrian Berat dan Dasar Penswastaan utk menyokong sektor perindustrian.
• ICT dan k-ekonomi utk menyokong pembangunan ekonomi berteraskan teknologi.
• Dasar-dasar awam bersifat top-down.


Isu-isu Utama Ekonomi

1) Pertumbuhan dan agihan
• Isu agihan pdptn di Malaysia dilihat dr dua sudut:
i. antara kelas sosial berbeza (kelas atasan, menengah & bawahan)
ii. antara kelompok etnik yg berbeza (Melayu, Cina, India dll).
• Isu agihan kekayaan cuba diatasi melalui DEB.

2) Equality dan Equity
• Equality –kesamarataan
• Equity – keadilan
• Perlembagaan Malaysia: Fasal (8) Perkara (1) menegaskan semua org adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yg sama rata di sisi undang-undang.


3) Dasar Ekonomi Baru dan Hubungan Etnik
• DEB pada 1971.
• Tujuan mencapai perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi yg saksama.
• Serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat.
• Kurangkan dan hapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
• Sasaran DEB ialah susun semula pemilikan harta dgn meningkatkan pemilikan saham Bumiputera sehingga sekurang-kurangnya 30% menjelang 1990.
• Masalah kemiskinan hanya menonjol dlm klgn kelompok etnik tertentu yg boleh mengugat perpaduan negara.
• Penyusunan semula masyarakat bertujuan memperbaiki keadaan tidak seimbang yg wujud antara etnik utama dr segi tingkat pendapatan, corak guna tenaga dan pemilikan saham dlm syarikat-syarakat.
• DEB hanya menyasarkan 30% pemilikan saham oleh b/p dan tidak bersifat diskriminatif.

4) Pendidikan, ekonomi dan etnisiti: Bahasa, Sains dan Ekonomi.
• Bahasa Melayu ialah bhs kebangsaan sbg wadah komuniksi yg memupuk perpaduan nasional.
• Majoriti pdk Malaysia menerima Dasar Bahasa Kebangsaan.
• Bahasa lain dibenarkan diguna dgn bebas kecuali “maksud rasmi”.
• Selepas 1990, kerajaan melaksanakan dua jenis dasar bhs di Malaysia:
i. Dasar memartabatkan BM sbg “bhs perpaduan”.
ii. Dasar menjadikan BI sbg bhs utk mencapai kemajuan negara dgn menjadikan BI sbg bhs pengajaran subjek Sains dan Matematik.

5) Globalisasi, Ekonomi Malaysia dan Hubungan Etnik
• Kejayaan ekonomi Asia 1980-an & 1990-an dipengaruhi secara besar-besaran oleh proses globalisasi.
• Aliran masuk modal asing dan pelaksanaan dasar liberalisasi kewangan.
• Aliran keluar masuk modal asing juga menyebabkan negara Asia termasuk Malaysia mengalami krisis ekonomi pd 1985-1986 dan 1997-1998.

6) Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98: Implikasi terhadap Usahawan Melayu dan Bukan Melayu
• Dampak krisis ekonomi dilihat pd saiz sykt, sykt yg dimiliki usahawan Melayu dan bukan Melayu.
• Sykt milik Melayu wujud dr DEB & Dasar Penswastaan terpaksa berhempas pulas utk bertahan.
• Pertghn 1998, 25000 sykt dlm kategori IKS mengalami masalah. 191 buah sykt yg majoriti saham dimiliki gol etnik Melayu telah muflis.
• Proses globalisasi menyebabkan krisis ekonomi di Malaysia bukan suatu poses yg berlangsung dgn mengambil kira faktor etnik.
• Proses globalisasi berlangsung berdasarkan logik ekonomi dan peredaran modal.
• Pihak yg dpt manfaat drpd proses globalisasi ialah pihak yg bermodal.
• Berdasarkan pengalaman, kerajaan Malaysia tlh menggalakkan perkongsian bijak antara pengusaha Bumiputera dgn pengusaha bukan Bumiputera bg hadapi cabaran ekonomi global.

7) Ekonomi Islam Dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia
• Sistem ekonomi Islam di Malaysia mula dibincang sejak thn 1970-an.
• Akta Bank Islam 1983 diwartakan.
• Sistem perbankan Islam dan sistem insuran Islam @ takaful mula bertapak di Malaysia.
• Idea bank Islam diambil sempena penubuhan Dubai Islamic Bank di Dubai dan Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank) di Arab Saudi.
• Lembaga Urusan Tabung Haji sbg institusi simpanan Islam.
• 1983, kerajaan mewartakan Akta Bank Islam 1983, Akta Pelaburan Kerajaan 1983 dan penubuhan Bank Islam Malaysia.
• Sambutan masy Islam dan bukan Islam di Malaysia terhadap perbankan Islam sangat positif.
• Pembentukan pasaran kewangan berasaskan prinsip Islam dan pengantara-pegantara kewangan lain iaitu sykt takaful, Pasaran Modal Islam, Ekuiti Modal Islam, Pasaran Kewangan Antarabangsa Islam, Association Of Islamic Banking Institutions in Malaysia (AIBIM) dan Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM).
• Operasi sykt takaful dikawal selia Akta Takaful 1984.
• Sykt Takaful Malaysia Berhad (STMB) ialah sykt takaful pertama Malaysia ditubuhkan pd 1984.
• Sykt takaful kedua di Malaysia ialah Takaful Nasional Sendirian Berhad.

8) Dasar Penswastaan dalam Konteks Hubungan Etnik
• Dasar Penswastaan pd 1983.
• Pemindahan perkhidmatan atau perusahaan kpd sektor swasta.
• Lima tujuan:
i. mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan
ii. meningkatkan persaingan, memperbaik kecekapan dan menambah prokduktiviti
iii. meransang pelaburan dan keusahawanan persendirian
iv. mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam
v. membantu pencapaian matlamat DEB


9) Industri Automobil Nasional dan Penglibatan etnik
• Pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
• Usahasama dengan sykt pemotoran Jepun, Mitsubishi
• Selaras dgn Dasar Pandang Ke Timur.
• Sebahagian drpd Rancangan Perindustrian Negara yg bertujuan meningkatkan pencapaian perindustrian negara.
• Secara tersirat ia diharap dpt menjadi wadah bg penglibatan Melayu dlm sektor perindustrian umumnya dan industri automobil dan pengedaran automobile khususnya.
• Program dimulakan dgn penubuhan Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad (PROTON) pd 7 Mei 1983 bermodal RM150 juta.
• PROTON pegeluar kereta pertama Malaysia dgn tujuan mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian.
• Disokong oleh Perbadanan Industri Berat (HICOM) sbg pemegang saham utama (70%), Mitsubishi Motors Corporation, Japan (15%) dan Mitsubishi Corporation, Japan (15%).
• Kereta nasional pertama dilancarkan pada 1 Julai 1985 iaitu Proton Saga.
• Kerajaan telah umumkan Dasar Automotif Negara (DAN) utk hadapi cabaran liberalisasi ekonomi dan persaingan global.
• Tujuan utama meransang pertumbuhan nilai ekonomi yg mampan hingga dpt memaksimumkan sumbangan sektor automatif terhadap ekonomi negara dan pada masa yg sama memberi manfaat kpd pengguna.
• Dasar Automotif menggariskan beberapa matlamat:
i. Meningkatkan kemampuan bersaing sektor automotif tempatan, khususnya bg sykt-sykt pengeluar kereta nasional.
ii. Menjadikan Malaysia sbg hub automotif serantau.
iii. Mengekalkan nilai tambah dan kemampuan ekonomi domestik.
iv. Meningkatkan penglibatan Bumiputera dlm sektor automotif tempatan.
v. Untuk memelihara kepentingan pengguna daripada segi nilai wang, keselamatan dan kualiti produk perkhidmatan.

0 comments:

Post a Comment