Nov 5, 2009

HubUngan EtniK 6

BAB 6

PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


KONSEP PERLEMBAGAAN

o Perlembagaan ialah kumpulan peraturan @ undang-undang bertulis @ tidak bertulis.
o Undang-undang asas pemerintahan negara.
o Perlembagaan bertulis ialah bentuk perlembagaan yg dikumpul dan disusun dlm satu dokumen.
o Perlembagaan tidak bertulis merangkumi semua prinsip perlembagaan yg tidak terkumpul dlm satu dokumen spt undang-undang yg diluluskan oleh Parlimen dan keputusan mahkamah.
o Perlembagaan Persekutuan undang-undang tertinggi di Negara kita.
o Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual.
o Perlembagan mengandungi satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yg mengawal dan memandu hub antara satu autoriti dgn autoriti lain serta autoriti dgn rakyat awam (Nazarudin Mohd. Jali et al. 2001).
o Di Malaysia tidak terdpt institusi yg mengatasi Kehuluran Perlembagaan.
o Dalam Perkara 4 (1) menyatakan apa-apa undang-undang yg diluluskan berlawanan dgn Perlembagaan ini terbatal setakat mana yg berlawanan.

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

o Perlembagaan Malaysia dipengaruhi beberapa siri peristiwa sejarah Malaysia.
o Malayan Union diluluskan oleh Parlimen British pd 10 Oktober 1945.
o Alasan Malayan Union diperkenalkan:

i. Satukan NNMB, NNMTB & NNS.
ii. British berdendam dgn org Melayu kerana bekerjasama dgn Jepun semasa penjajahan Jepun.
iii. Langkah pertama ke arah berkerajaan sendiri.

o Ciri-ciri Malayan Union:

i. Semua negeri termasuk PP dan Melaka disatukan di bwh kerajaan pusat. Diperintah Gabenor British dgn bantuan Majlis Mesyuarat Persekutuan & Majlis Perundangan.
ii. Singapura sbg tanah jajahan berasingan.
iii. Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan. Hanya berkuasa dlm hal berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.
iv. Hak kerakyatan yg sama bg semua org tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan. Boleh menjadi warganegara secara automatik jika berumur 18 thn ke atas dan tlh menetap selama 10 drpd 15 thn sebelum15 Feb1942.

o Cadangan Malayan Union mendapat tentangan hebat drpd org Melayu kerana:

i. Kuasa Raja-raja Melayu dihapuskan.
ii. Prinsip jus soli
iii. Hak sama rata kpd semua warganegara
iv. Cara Harold Mac Micheal mendptkan tandatangan Raja-raja Melayu.

o Malayan Union (MU) diisytihar pada 1 April 1946.
o Org Melayu memulaukan majlis pengisytiharan dan British akhirnya mengalah dan MU digantikan dgn Persekutuan Tanah Melayu.
o British tubuhkan Jawatankuasa Kerja pd Julai 1946 yg terdiri drpd 4 org wakil Raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 pegawai British.
o Bertanggungjawab merangka sebuah perlembagan baru yg boleh diterima oleh org Melayu.
o Disember 1946 British tubuhkan Jawatankuasa Perunding terdiri drpd 5 org Eropah, 2 org Cina dan 2 org India utk dptkan pandangan org bukan Melayu mengenai draf perlembagaan yg disediakan Jawatankuasa Kerja.
o Ciri penting dlm Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu:

i. 9 buah negeri, P.Pinang dan Melaka terlibat dlm Persekutuan. Singapura kekal sbg tnh jajahan berasingan.
ii. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu diketuai Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu Majlis Perundangan Persekutuan & Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan.
iii. Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan terdiri drpd 3 org ex-officio, 4 org anggota rasmi dan 6 atau 7 org anggota tidak rasmi.
iv. Majlis Perundangan Persekutuan terdiri drpd Pesuruhjaya Tinggi, 3 org anggota ex-officio, 9 org Yg Dipertua Majlis-majlis Mesyuarat Negeri serta 2 org wakil Majlis Tempatan Melaka & P.Pinang dan 10 anggota rasmi dan 50 ahli tidak rasmi.
v. Sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah dgn nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri & Majlis Perundangan Negeri.
vi. Syarat-syarat kewarganegaraan diperketat.
vii. Org Melayu diberi hak istimewa sbg Bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dlm Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

o Kerjasama antara org Melayu dan bukan Melayu semakin kuat dgn pengenalan Persekutuan Tanah Melayu.
o Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (Communities Liason Committee – CLC) 1949 terdiri drpd pelbagai gol etnik tlh berusaha selesaikan sesetengah masalah perlembagaan, politik dan ekonomi akibat permintaan berlainan drpd pelbagai etnik.
o Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C.C. Tan, Dr. J.S. Goonting dan E.E.C. Thuraisingham antara anggota j/kuasa.
o Sistem Ahli diperkenalkan pd 1951
o British melantik beberapa org wakil w/negara Persekutuan TM menjadi ahli dlm Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan yg diberi taraf menteri.
o Tujuan memberi peluang dan latihan kpd pemimpin tempatan bagi mendptkan pglmn memerintah secara demokrasi.
o Kemenangan dlm Pilihanraya Majlis Perbandaran KL menyebabkan satu perundingan antara UMNO dan MCA utk cari persefahaman & kejasama antara dua kumpulan etnik dlm menuntut kemerdekaan.
o 1953, Perikatan mendesak British mengadakan pilihanraya utk seluruh Tnh Melayu utk isi kerusi Majlis Perudangan Persekutuan.
o Pilihan raya Persekutuan pd 27 Julai 1955.
o Perikatan menang 51 kerusi drpd 52 kerusi dan PAS 1 kerusi di Kerian, Perak.
o Januari 1956, satu rombongan diketuai Tunku Abdul Rahman dan 8 org wakil yg dipersetujui, berangkat ke London utk berunding dgn kerajaan British mengenai kemerdekaan Tanah Melayu.
o Perjanjian London ditandatangani pd 8 Feb 1956.
o Hasil persetujuan:

i. British memberi kemerdekaan TM pd 31 Ogos 157.
ii. Tnh Melayu berada dlm lingkungan Komanwel dan menjkalankan pemerintahan secara demokrasi.
iii. British mendapat hak menempatkan tenteranya di TM melalui Anglo-Malayan Defence Treaty 1956.
iv. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan TM iaitu Suruhanjaya Reid.

o Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid pd 1956.
o Mengambil kira perkara2 berikut:

i. Pembentukan sebuah persekutuan dgn kerajaan pusat yg kuat.
ii. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-Raja Melayu.
iii. Pemeliharaan hak-hak istimewa org Melayu serta hak-hak yg sah milik kaum-kaum lain,
iv. Pembentukan satu sistem kewarganegaraan yg seragam utk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

o Suruhanjaya Reid menerima 131 memorandum bertulis.
o Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan tetapi kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.
o Perlembagaan Tanah Melayu diisytihar pada 31 Ogos 1957.
o Diperbaharui sekali lagi apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dgn TM membentuk Malaysia pada 16 September 1963.


UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

• Unsur tradisi ialah satu kontrak sosial yg dipersetujui semasa menggubal Perlembagaan.
• Meliputi:
i. Bahasa Kebangsaan
ii. Agama Persekutuan
iii. Kedudukan istimewa org Melayu dan Bumiputera Sabah & Sarawak
iv. Pemerintahan beraja

• Suruhanjaya Reid tekankan betapa penting Perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yg wujud sebelum thn 1957.
• Unsur-unsur tradisi dilindungi Akta Hasutan.
• Sabah dan Sarawak menandatangani Perjanjian 20 Perkara (20-Point Agreement) dan Perjanjian 18 Perkara (18-Point Agreement) semasa menyertai gagasan Malaysia.
• Tujuan utk melindungi kepentingan dan autonomi rakyat Sabah dan Sarawak.
• Kedudukan Sabah & Sarawak dlm Perlembagaan Malaysia dilindungi kuasa Yang Dipertua Negeri negeri-negeri berkenaan.
• Perkara-perkara yg menyentuh hub etnik dlm Perlembagaan Malaysia:

i. Perkara 8, persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan dlm soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya.
ii. Perkara 10 (4), batasan dan hak kebebasan bersuara drpd menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam, Org Melayu, kewarganegaraan dll.
iii. Perkara 38, kuasa MRR menghalang Parlimen membuat undang-undang yg menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, Org Melayu dan Islam.
iv. Perkara 150 (6a), kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan B/p Sabah & Srwk, kewarganegaraan meskipun dlm keadaan darurat.
v. Perkara 152, kedudukan BM sbg bhs Kebangsaan tanpa memikirkan hak-hak etnik lain menggunakan bahasa mereka.
vi. Perkara 153, kedudukan istimewa org Melayu tanpa menafikan kepentingan sah kaum-kaum lain.

Bahasa Melayu
 Perkara 152
 BM ialah bahasa kebangsaan namun bahasa-bahasa lain dilindungi.

Agama Islam
 Perkara 3 (1)
 Agama Islam agama rasmi Persekutuan.
 Per 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan, agama lain boleh diamalkan dgn aman & damai di mana-mana bhg Persekutuan.
 Setiap org ada hak utk menganut dan amalkan agama dan setiap agama punyai hak:

i. menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
ii. menubuh dan meyelenggara institusi bg maksud agama atau khairat
iii. memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang.

Kedudukan istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
 Perkara 153
 Jwtn perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain.
 Perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu menjadi tanggungjawab YDA utk melindungi hak-hak mereka yg sah menurut peruntukan lain.
 Perkara 86 & 90 berhubung tnh rizab org Melayu.
 Kemasukan perkhidmatan oleh org Melayu ke dlm Rejimen Askar Melayu dgn pengecualian org bukan Melayu, dikuatkuasa oleh Per 8 (5).

Pemerintahan Beraja
 Sedia wujud dlm sistem sosial negeri2 TM sejak berabad-abad lamanya.
 Selepas merdeka, konsep Raja Berperlembagaan selaras dgn sistem demokrasi.


RASIONAL PERKARA 153

• Semangat persefahaman, akomodatif, berkongsi kuasa dan sedia berkorban yg begitu tinggi dlm klgn org Melayu dan bukan Melayu.

Perkhidmatan awam
 Menjadi tanggungjawab YDA menentukan rizab org Melayu dan bumiputera Sabah & Sarawak dgn memperuntukkan kadar bil jwtn dlm perkhidmatan awam persekutuan
 Tetapi tidak boleh melucutkan jawatan yang dipegang seseorang.

Ekonomi
 Org Melayu masih perlu dibantu dan dibimbin utk lahirkan Masyarakat Perdagagan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
 Pendekatan utama ialah menyusun semula masyarakat dan memastikan penyertaan Bumiputera yg lebih luas dlm ekonomi (RM-9).
 Memberi kemudahan lessen perniagaan dan premis perniagaan yg strategik.

Pendidikan
 Perkara 153 masih perlu diteruskan utk capai matlamat membantu org Melayu dlm pendidikanyg tertindas kesan penjajahan Inggeris.
 Kemudahan dan keistimewaan etnik bukan Melayu tidak diabaikan.
 MRSM & matrikulasi dikhususkan utk org Melayu.
 Utk merapatkan hub etnik dan perpaduan di klgn pelajar, keistimewaan turut diberi kpd org bukan Melayu.
 Kerajaan memberi kuota 10% kpd kaum bukan Melayu utk memasuki MRSM dan matrikulasi.
 Sistem kuota juga elahditukar kpd sistem meritokrasi.


RASIONAL PERKARA 152

 Hasil pemuafakatan perlembagaan, BM diterima sbg bhs kebangsaan dlm Per 152.
 Tidak memjejaskan penggunaan bahasa ibunda kaum lain dan dijamin Perlembagaan Malaysia.
 Rasional pemilihan BM kerana menjadi lingua franca Nusantara sejak berabad-abad lamanya.



RASIONAL PERKARA 3

 Islam sebagai agama Persekutuan dlm Per 3 (1).
 Kebebasan beragama dijamin oleh Perlembagaan.
 Islam telah bertapak sejak 600 tahun lampau dan byk mempengaruhi cara hidup & pemikiran org Melayu hingga sekarang berbanding agama lain.
 Sewaktu penjajahan Inggeris, keduduakn agama Islam tidak diganggu dan mereka menyerahkan urusan agama Islam kpd Raja-raja Melayu.
 Dlm Perlembagaan Malayan UNION 1946 dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 juga tidak menyentuh tentang agama Islam dan adat istiadat Melayu.

0 comments:

Post a Comment