Nov 5, 2009

HubUngan EtniK 3

BAB 3

PLURALISME BUDAYA ALAM MELAYU

• Dua konsep utama ialah pluralisme & masyarakat pluralistik.
• Penyelidikan oleh sarjana mengenai Alam Melayu sebelum kdtgn Eropah, mengambil kira realiti kepelbagaian Alam Melayu pd waktu itu sebagai satu wilayah yg menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia.
• Kemudian sebahagiannya terhapus dgn kedatangan kuasa kolonial dan imperial Eropah.
• Kuasa Eropah memperkenalkan sistem kerajaan mereka yg menggalakkan perkembangan masyarakat pluralistik.
• Pola masy pelbagai bangsa pd zmn sebelum kdtgn org Eropah terbentuk melalui proses semula jadi.Dtg berdagang secara sukarela.
• Jika mereka ambil keputusan utk terus menetap di Alam Melayu, keputusan yg dibuat berasaskan persetujuan sebulat suara bersama ahli keluarga..
• Terdapat unsur-unsur akomodasi dlm kehidupan masyarakt pluralistik zmn tersebut.Cthnya masyarakat Baba dan Nyonya.
• Amalan dan adat resam yg dibawa masuk oleh masyarakat luar juga diterima pakai oleh penduduk tempatan.
• Masyarakat plurlistik selepas kedatangan Eropah adalah berbeza.Cthnya penghijrahan masuk org Cina dan India ke Tnh Melayu digalakan oleh British utk majukan kepentingan ekonomi dan politik mereka.
• Asimilasi budaya dan cara hidup antara kumpulan etnik tidak berlaku.
• Kehidupan yg harmonis antara kaum tetap berlaku dlm bentuk akomodasi sosial.
• Perkembangan tamadun awal Alam Melayu amat dipengaruhi agama dan kebudayaan India.
• Masyarakat Alam Melayu (terutama gol raja & bangsawan) menerima unsur-unsur agama Hindu dan Buddha yg tidak bercanggah dgn kepercayaan tempatan.
• George Ceodes (1948) gunakan istilah Indianisation.
• Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) pula nyatakan, Hinduisme dan Buddhisme sebenarnya tidak memberi kesan besar dlm kehidupan Org Melayu (rakyat biasa).Ini berdasarkan hakikat jarang sekali terdapat nama berunsur Hindu dan Buddha
• Al-Attas tidak menafikan wujudnya pengaruh Hinduisme dan Buddhisme dr segi budaya dan adat.Cthnya nama-nama dlm watak wayang kulit ,Adat istiadat perkahwinan.
• Konsep raja dan kerajaan drpd kebudayaan Hindu sementara konsep negeri atau negara dari perkataan Sanskrit (Ismail Hamid, 1988).
• Pegawai kerajaan awal (pembesar empat lipatan) dipengaruhi astrologi Hindu.
• Kepercayaan Hinduisme, raja ialah anak Tuhan. Kebesaran raja digambarkan melalui candi-candi besar spt Borobudur di Indonesia dan Angkor Wat di Kemboja.
• Secara psikologi diterapkan dlm hati pdk Alam Melayu bhw institusi raja sesuatu yg amat besar dan perlu ditaati secara mutlak.
• Penjajah Eropah tlh mengubah sistem politik ‘kerajaan’ di Alam Melayu.
• Agama diletakkan di bawah tadbir urus Sultan dan Negara di bawah tadbir urus kerajaan.
• Sebelum kedtgn penjajah British, ilmu dlm Alam Melayu lebih byk berasaskan epistemologi bercorak metafizik (alam ghaib).
• Kedtgn British mengubah epistemologi bersifat bukan material kpd epistemologi fizikal bersifat rasional atau saintifik.
• Asas kpd epistemologi ialah pembuktian sesuatu pengetahuan menerusi pancaindera dan kemudian dipertingkat dgn alat saintifik spt mikroskop dll.
• Espitemologi ini memperkenalkan ilmu, konstruksi social, perbendaharaan kata, idiom dan institusi yg tidak diketahui oleh masy peribumi sebelum ini spt peta, banci, muzium dan kategori etnik. Kemudiannya dikenali sbg ilmu kolonial.


KEMUNCAK PLURALITI ALAM MELAYU: KESULTANAN MELAKA

• Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu. Digelar The Venice of The East.
• Pemerintahan secara diplomasi dan terbuka.
• Para pegawai terdiri drpd klgn org Melayu tempatan dan juga org India.
• Perkahwinan campur berlaku antara pemerintah Melaka dgn anak perempuan pemerintah Negara China.
• Pemerintah mengambil kira keharmonian kaum.
• Sistem pemerintahan terbuka.
• Zaman Empayar Kesultanan Melaka ialah zaman pluraliti kerana proses penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa ada paksaan drpd mana-mana pihak.
• Para pedagang telah berakomodasi dgn pdk tempatan.
• Terdapat interaksi aktif dlm klgn pelbagai bangsa dan kaum.


PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK OLEH PENJAJAH

• Penjajah British menguasai pentadbiran negara manakal hal ehwal Islam dan adat istiadat diletakkan di bwh penguasaan sultan.
• British memperkenalkan tiga unsur penting iaitu kehakiman, eksekutif dan perundangan (unsur pengasingan kuasa).
• Empirikal yg berbeza antara “Islam sebagai agama dan para penganutnya” dan “negara kolonial sekular”.
• Bernard Cohn (antropologi berbangsa Amerika) mengutarakan bhw kolonialisme bukan hanya melibatkan penaklukan ruang fizikal, tetapi juga terhadap ruang epistemologi atau sistem pemikiran manusia.


PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

• Perkembangna perusahaan bijih timah pertghn abad ke-19 dan perusahaan getah pd awal abad ke-20 telah mengakibatkan penghijrahan org Cina dan India secara besar-besaran ke TM.
• Pelbagai kaum mengekalkan kebudayaan masing-masing tlh mengakibatkan satu masy majmuk di TM.
• Keharmonian terbukti apabila sama-sama berjuang utk dptkan kemerdekaan TM dan pembentukan Malaysia pd 16 Sep 1963.
• Kritikan terhdp kolonial British kerana bertanggungjawab memisahkan secara beransur-ansur dominasi Islam drpd kehidupan masy mereka.
• Al-Attas mengkritik kehadiran kolonialisme Barat.
• Dasar dan birokrasi British boleh dilihat dlm perkara2 berikut: Sistem Residen melalui Perjanjian Pangkor, NNMB melalui Perjanjian Persekutuan 1895 dan NNMTB melalui Perjanjian Bangkok 1909.
• Bumiputera utama di Sabah ialah Kadazandusun, Bajau, Murut dan Suluk.
• Syarikat Berpiagam Borneo Utara British tlh menggalakkan penghijrahan masuk org2 Cina utk bekerja di lading getah & tembakau.
• Bil pdk Cina di Sabah meningkat drpd 27,801 (1911) kepada 50,056 (1931).
• Bumiputera utama di Sarawak ialah org Iban, Bidayuh, Melayu & Melanau.
• Keluarga Brooke telah menggalakan kemasukan org Cina utk bekerja sbg pedagang, petani dan pelombong.
• Bil pdk Cina di Sarawak meningkat drpd 5000 org (1871) kpd 123,626 (1939).
• Pentadbiran BNritish telah memisahkan agama drpd urusan secular spt politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.
• Agama Islam dan adat istiadat terletak di bwh urus tadbir dan kuasa sultan.

MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA

Politik
• Usaha memelihara kestabilan politik yg bersandar kpd kerjasama antara etnik terus menjadi agenda utama negara.
• Perjuangan menuntut kemerdekaan menjadi pengikat melalui PERIKATAN (UMNO, MCA, MIC).
• Tunku Abdul Rahman diterima sbg PM pertama oleh kumpulan2 etnik lain berdasarkan keupayaan beliau mempengaruhi org Melayu dan bukan Melayu utk bertolak-ansur.
• Tempoh 1957-1959, politik Malaysia telah melalui perjalanan yg berliku-liku.
• Selepas era 1960-an, politik Malaysia terus berkembang secara dinamik.
• Penubuhan Barisan Nasional pd 1974 dan terus memerintah sehingga kini.
• Wujud kerjasama antara parti kompenannya.
• Struktur hub di Malaysia kini dipengaruhi oleh kumpulan etnik yg memiliki batas etnik yg nipis.
• Bentuk perhubungan berasaskan perkiraan bukan etnik.
• Bersifat utilitarian dan mengikat mereka dlm jaringan silang budaya dan merentas etnik masing-masing (Mansor Mohd Noor, 2005).


Perlembagaan
• Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi yg menjadi sumber kpd segala perundangan lain yg wujud di negara kita.
• Perlembagaan berlandaskan kontrak sosial.
• Dua peringkat:
• Pada zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling hormat-menghormati antara rakyat dan raja. Diistilahkan sebagai waad.
• Berlaku dlm konteks masyarakat pluralistik hasil drpd syarat yg dikenakan oleh pihak British utk berikan kemerdekaan kpd Tanah Melayu.
• Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (Communities Liason Committee- CLC) thn 1949 merupakan usaha bersama antara Tan Cheng Lock dan Dato’ Onn Jaafar dgn sokongan pemerintah kolonial sbg tanda awal ke arah menyelesaikan isu-isu antara etnik di Tanah Melayu.
• Persetujuan dlmnya menjadi acuan/model kpd penggabungan parti politik antara kaum seterusnya (pemerintah @ pembangkang).

Pendidikan
• Sebelum thn 1956, setiap kumpulan etnik mempunyai adunan dan acuan pendidikan berbeza.
• Boleh dibahagi 3 peringkat:
• Pendidikan British rendah dan menengah (bangsawan Melayu, hartawan Cina & India)
• Sek Melayu peringkat rendah yg dibantu British.
• Sekolah vernacular Cina dan India.
• Perbezaan dlm aliran pendidikan, kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi.
• Penyata Razak 1956 & Penyata Rahman Talib 1960 utk menyatukan kanak2 drpd berbilang etnik di bwh satu sistem pendidikan kebangsaan dgn menggunakan bhs pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu.
• Akta Pendidikan 1957 atas prinsip:
• sek pelbagai aliran dibenarkan dan pengajaran dlm bhs ibunda masing2 dibenarkan.
• Sek Cina & Tamil wajib mengajar BM sbg salah satu mata pelajaran.
• Pendekatan dlm mata pelajaran sejarah, geografi dan buku2 teks yg lain mestilah berteraskan Malaysia.
• Bukan lagi berteraskan negara China dan India (John Lowe, 1960)
• Selepas tragedi 13 Mei 1969, parti UMNO yg menerajui Parti Perikatan menegaskan pendidikan perlu diseimbangkan bagi memperkasakan org Melayu.
• Institusi pengajian tinggi dipertingkatkan utk menambah bil pelajar Melayu masuk ke universiti.
• Sek jenis kebangsaan diteruskan dan selaras dgn apa yg ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ekonomi
• Selepas merdeka, kerajaan giat mengatasi masalah sosioekonomi & sosiopolitik.
Rancangan ekonomi dibahagi kpd 4 peringkat:
• Rancangan pramerdeka – Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan
• Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960)
• Perancangan selepas merdeka – Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-1965) dan
• sebahagian Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970).
• Perancangan dlm era Dasar Ekonomi Baru
• Dasar-dasar Pembangunan Negara
• Secara umum sistem ekonomi Malaysia berasaskan laissez faire (psrn bebas).
• Sistem ekonomi dualisme iaitu dua orientasi dan tumpuan yg berbeza namun bergerak seiringan dgn garis etnik.

0 comments:

Post a Comment