Nov 5, 2009

SeNyUm SaNtaI 3

Lawak 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?

Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..

Suami :: Buku apa?

Isteri : Buku bank abanglah..

Lawak 2

Ader la sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk

meminta derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun

membuka pintu.

budak : derma ape bang?

lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa nak didermakan?

budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.

lelaki : ?????

Lawak 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.

Farid : Mengapa?

Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.

Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.

Siti : Erkkkkkk…. …. Benci ………

Lawak 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik

Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti.

Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga !!!

Lawak 5

Posmen

Seorang posmen yang datang menghantar surat .

” Assalamualaikum “

” Walaikumsalam “

” Ni rumah encik encik Samad ye?

” Ya saya”

” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni “

” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje

Lawak 6

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya

diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti,

boleh ke saya membaca macam orang lain?”

“Dah tentu, ” jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.


Lawak 7

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?

Amin : Saya datang untuk ujian darah.

Shan : Awak takut ke?

Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?

Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…

Lawak 8

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk

menghantar surat.Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.”Atok buat apa tu?”

“Atok bagi surat kat kawan atok, cu!”jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi,”Apa bangang sangat kawan atok

duduk dalam tong merah tu?”

Lawak 9

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis :Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga :Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis :Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga :Masa tu dia ingat orang sedang ambil

gambarnya…

0 comments:

Post a Comment